MBJB kembiri anjing liar, cegah penyakit merebak - Utusan Malaysia

MBJB kembiri anjing liar, cegah penyakit merebak

MOHD. NOORAZAM Osman bertukar dokumen dengan Pemegang Amanah Social Hero Foundation, V. Thanam pada Majlis Menandatangani MoU Pengurusan Anjing Kawasan MBJB di Menara MBJB, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memperuntukkan RM395,000 bagi melaksanakan program kembiri anjing secara besar-besaran untuk mencegah peningkatan kes kacau ganggu dan penyakit berkaitan haiwan berkenaan.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, hingga September lalu, pihaknya telah menerima 479 aduan berkaitan anjing liar.

“Antara aduan yang kita terima adalah anjing-anjing liar menyerang orang awam termasuk kanak-kanak dan pelajar sekolah. Oleh itu, menjadi tanggungjawab MBJB memastikan kes kacau ganggu melibatkan haiwan ini diselesaikan segara, sekali gus mengurangkan risiko penyakit anjing gila merebak.

“Justeru, MBJB dengan kerjasama Social Heroes Foundation dan klinik-klinik veterinar akan mengadakan program kembiri besar-besaran pada 29 dan 30 Oktober ini.

“Bagi menjayakan program ini, sebanyak RM395,000 dibelanjakan untuk menampung kos kembiri, perundingan, operasi, logistik dan juga proses sertu,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB di Menara MBJB, di sini hari ini.

Mohd. Noorazam berkata, program tersebut menyasarkan 1,000 ekor anjing sebagai permulaan, selain turut melibatkan proses suntikan vaksin terhadap haiwan terbabit.

“Selain itu, kita juga akan melaksanakan kerja-kerja menangkap anjing liar sebelum dilepaskan semula di lokasi lain. MBJB sedang bekerjasama dengan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membuka sebuah kawasan binatang liar baharu di Seelong, Senai.

“Usaha ini perlu kerana kawasan sedia ada di bawah MBJB di Jalan Tahana sudah tidak dapat menampung jumlah haiwan liar yang semakin bertambah ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan orang ramai serta pencinta haiwan untuk mengambil haiwan-haiwan berkenaan sebagai peliharaan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya