MBJB kembiri anjing liar

MBJB kembiri anjing liar

MOHD. NOORAZAM Osman bertukar dokumen dengan Pemegang Amanah Social Hero Foundation, V. Thanam pada Majlis Menandatangani MoU Pengurusan Anjing Kawasan MBJB di Menara MBJB, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memperuntukkan RM395,000 bagi melaksanakan program kembiri anjing secara besar-besaran untuk mencegah peningkatan kes kacau ganggu dan penyakit berkaitan haiwan berkenaan.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, hingga September lalu, pihaknya menerima 479 aduan berkaitan anjing liar.

“Antara aduan yang kita terima adalah anjing liar menyerang orang awam termasuk kanak-kanak dan pelajar sekolah. Oleh itu, menjadi tanggungjawab MBJB memastikan kes kacau ganggu melibatkan haiwan ini diselesaikan segara, sekali gus mengurangkan risiko penyakit anjing gila merebak.

“MBJB dengan kerjasama Social Heroes Foundation dan klinik-klinik veterinar akan mengadakan program kembiri besar-besaran pada 29 dan 30 Oktober ini.

“Bagi menjayakan pro­gram ini, sebanyak RM395,000 dibelanjakan untuk menampung kos kembiri, perundingan, ope­rasi, logistik dan juga proses sertu,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB di Menara MBJB.

Mohd. Noorazam ber­kata, program tersebut menyasarkan 1,000 ekor anjing sebagai permulaan, selain turut melibatkan proses suntikan vaksin.

“Kita juga akan melaksanakan kerja-kerja menangkap anjing liar sebelum dilepaskan semula di lokasi lain. MBJB bekerjasama dengan beberapa pihak berkuasa tempatan untuk membuka kawasan haiwan liar di Seelong, Senai.

“Kawasan sedia ada di bawah MBJB di Jalan Tahana sudah tidak dapat menampung jumlah haiwan liar yang semakin bertambah,” ujarnya.

Beliau turut mengalu-alukan orang ramai serta pencinta haiwan untuk mengambil haiwan-haiwan berkenaan sebagai peliharaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya