Mayat remaja lemas ditemukan selepas 20 minit solat hajat

Mayat remaja lemas ditemukan selepas 20 minit solat hajat

JENAZAH mangsa diusung ke dalam kenderaan polis selepas ditemukan lemas semasa mandi di pintu air Pangkal Kalong, Kok Lanas, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Mayat seorang remaja yang lemas semasa mandi di pintu air Pangkal Kalong, Kok Lanas di sini semalam dijumpai selepas 20 minit ahli keluarga bersama penduduk kampung mengadakan solat hajat di lokasi kejadian hari ini.

Mangsa, Muhammad Aqif Aisar Azrie Faisal, 13, ditemukan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi oleh bapa saudaranya, anggota bomba dan polis yang menjalankan operasi bermula pukul 8.30 pagi tadi.

Ibu mangsa, Nurafidah Yusuf, 31, meskipun sedih, dia tetap bersyukur apabila mayat anaknya dijumpai selepas lebih 18 jam hilang.

Menurutnya, dia berterima kepada semua pihak yang bertungkus-lumus mencari anaknya sehingga dijumpai.

“Saya berasa lega dan reda dengan kejadian yang berlaku kepada Muhammad Aqif. Terima kasih kepada penduduk kampung yang mengadakan solat hajat hingga jasad anak saya dijumpai,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Khairul Ariffin Che Ramli mengesahkan mayat mangsa dijumpai kira-kira 250 meter dari lokasi dia lemas.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Utusan Online semalam melaporkan, kegembiraan empat remaja lelaki yang bermandi-manda di pintu air Pangkal Kalong, Kok Lanas di sini berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas di kawasan tersebut.

Muhammad Aqif disedari lemas oleh rakannya kira-kira pukul 5 petang sebelum remaja itu memanggil seorang penduduk kampung untuk membantu mencari mangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya