Mayat lelaki ditemukan terapung dalam sungai

Mayat lelaki ditemukan terapung dalam sungai

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Penduduk di Kampung Pichong di sini digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di dalam sungai tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Mazlan Mamat berkata, laporan berkaitan dengan penemuan mayat yang memakai seluar pendek itu diketahui pada pukul 12.15 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati mayat tersebut sudah mulai reput.

“Selain itu, tiada sebarang tanda pengenalan diri dijumpai bersama si mati,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mazlan memberitahu, mayat tersebut kemudian di bawa ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Ismail Petra bagi bedah siasat.

Katanya, polis sedang menjalan siasatan terperinci berkaitan dengan penemuan tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi Balai Polis Kuala Krai atau balai terdekat,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya