Mayat lelaki ditemukan di kolam takungan air, dipercayai terjatuh - Utusan Malaysia

Mayat lelaki ditemukan di kolam takungan air, dipercayai terjatuh

KEADAAN mayat lelaki yang ditemukan dalam keadaan terlentang dipercayai terjatuh di sebuah kolam takungan air bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Senawang, Seremban, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terlentang dipercayai terjatuh dari ketinggian lebih sembilan meter di sebuah kolam takungan air bersebelahan Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) dekat Senawang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat terbabit di lokasi bersebelahan lebuh raya berkenaan iaitu di Kilometer 250.8 arah selatan pada pukul 1.30 petang.

“Hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan kolam takungan air di mana air dari kolam takungan Taman Pinggiran Senawang yang mengalir terus ke Sungai Simin, Rantau. 

“Keadaan mayat si mati dalam keadaan telentang di atas simen kolam air yang cetek. Jarak ketinggian kolam dari titi besi lebih kurang 30 kaki. 

“Hasil siasatan juga mendapati terdapat tali nilon terikat pada pengadang titi yang terjuntai ke bawah yang kemungkinan si mati telah terjatuh dari ketinggian 30 kaki mengenai lantai simen kolam takungan air,” katanya kepada pemberita di sini.

“Pemeriksaan pegawai penyiasat pada tubuh badan si mati mendapati keadaan keseluruhan mayat telah membengkak dan dianggarkan telah meninggal dunia selama beberapa hari.

“Setakat ini kes tidak menjurus kepada unsur-unsur jenayah dan kemungkinan si mati telah terjatuh. Hasil daripada bedah siasat mendapati kematian disebabkan pendarahan teruk dialami pada kepala,” katanya lagi.

Beliau menambah, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sub Inspektor Roslan Osman di nombor 06-6792222.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohamad Hatta memberitahu, seorang lelaki tempatan dan empat wanita warga Thailand telah ditahan dalam serbuan polis ke atas sebuah premis pusat kesihatan di Taman Cattleya, Senawang, petang semalam. 

“Hasil siasatan awal mendapati keempat-empat wanita terbabit yang disyaki bekerja sebagai tukang urut di premis tersebut tidak mempunyai permit kerja yang sah. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963. Kesemua tangkapan telah direman untuk siasatan lanjut,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya