MARA perluas JPLB galak lebih ramai generasi muda sambung belajar

MARA perluas JPLB galak lebih ramai generasi muda sambung belajar

HASSAN Malek (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan komputer riba YPM kepada 10 buah sekolah yang menjadi tuan rumah program JPLB bernilai RM20,000 pada Majlis Penutup JPLB di SMK Hamzah, Machang, Kelantan semalam. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Majlis Amanah Rakyat Mara (Mara) akan memperluaskan lagi siri Jelajah Pendidikan Luar Bandar (JPLB) dalam menarik lebih ramai generasi muda menyambung pengajian selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis MARA, Datuk Seri Hassan Malek berkata, program ini perlu diuar-uarkan supaya masyarakat khususnya di kawasan pendalaman mendapat maklumat berkait peluang pengajian yang disediakan oleh kerajaan.

“Saya pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Kemboja pada 2016 hingga 2018, apa yang boleh disimpulkan program ini hanya wujud di Malaysia sahaja.

“Di luar negara tiada kemudahan atau program sebegini. Malah ramai orang kita (rakyat Malaysia) tertipu dengan janji-janji mereka di sana (luar negara). Tetapi ia dilaksanakan di Malaysia.

“Oleh yang demikian saya minta semua pihak supaya bersama-sama dengan Mara mendokong program ini secara bersama-sama,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutup JPLB di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah, di sini semalam.

Hassan memberitahu, pada masa sama kerjasama antara Mara, Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan lain-lain agensi serta jabatan perlu diperkasakan dalam menggerakkan JPLB.

Katanya, ia selaras dengan hasrat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mendokong usaha tersebut.

“Kerana itu saya ucap tahniah kepada jabatan-jabatan kerajaan di Kelantan termasuk MARA dan agensi di bawahnya kerana mempunyai permuafakatan yang begitu baik dalam menjayakan JPLB.

“Ini sangat penting dan kita perlu saling berkolaborasi antara satu sama lain. Soal belanja juga kita bersama-sama, malahan Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sendiri telah menggerakkan usaha ini dan kita mahu tambah baik pada masa akan datang,” ujarnya.

Hassan berkata, golongan ibu bapa perlu diberikan pendedahan berkait program-program sebegini supaya dapat memainkan peranan untuk mendorong ke arah mana hala tuju pelajar selepas menamatkan persekolahan.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya