Mangsa banjir di tujuh negeri meningkat, MET keluar amaran hujan lebat - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di tujuh negeri meningkat, MET keluar amaran hujan lebat

Anggota bomba menyelamatkan tiga mangsa yang berpaut pada pokok selepas rumah mereka di Kampung Haji Abas, Baling dilanda banjir kilat. - IHSAN JBPM KEDAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 4,585 mangsa banjir daripada 1,408 membabitkan tujuh negeri terpaksa ditempatkan 36 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka ekoran kawasan tempat tinggal mereka dinaiki air.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga pukul 8 pagi, jumlah mangsa meningkat sebanyak 1.44 peratus berbanding sebelum ini di samping Pahang menyaksikan negeri paling ramai mangsa banjir iaitu 1,596 orang.

Negeri kedua ramai mangsa banjir iaitu Kedah (1,478 orang) diikuti Perak (1,103), Melaka (197), Sarawak (105), Selangor (89) dan Johor (17 orang).

Semua mangsa banjir terlibat merangkumi 1,165 kanak-kanak dan 610 warga emas.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang manakala beberapa kawasan di Kedah, dan Perak pagi ini.

Amaran sama turut membabitkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu di Kedah manakala di Perak membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang, Selama dan Manjung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN