Manfaat Perkso talian hayat balu, anak nelayan lemas

Manfaat Perkso talian hayat balu, anak nelayan yang lemas semasa memancing

NORA Yaakub (dua dari kanan) ketika menyantuni Siti Nor Zuriati (tengah) di Kampung Aur Tanjung, Bachok, Kelantan hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Nasib balu dan dua cahaya mata Allahyarham Mahmud Ali, 58, iaitu nelayan yang meninggal dunia semasa memancing pada 18 September lalu terbela selepas menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Isteri mangsa, Siti Nor Zuriati Abdullah, 38, berkata, dia sama sekali tidak menyangka potongan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) awal tahun ini membolehkan dia menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) Perkeso sebanyak RM1,396.

“Alhamdulillah, dengan adanya elaun ini ia dapat membantu meringan beban saya untuk membesarkan dua anak yang masih kecil.

“Buat masa ini, saya bersama dua anak iaitu Mardiah Safiah, 3, dan Maryam Sifa, 5, terpaksa menumpang rumah emak saudara di Kampung Aur Tanjung, Bachok kerana tidak memiliki rumah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan pencen FOT Perkeso yang disempurnakan oleh Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaakub.

Sementara itu, Nora memberitahu, setakat ini hanya 1,340 daripada 17,000 nelayan yang membuat caruman dengan Perkeso.

Katanya, keseluruhan nelayan yang berdaftar merupakan penerima ESHN yang disalurkan oleh kerajaan yang turut mewajibkan potongan Orang Berinsurans Bekerja Sendiri (OBBS) demi kebajikan ahli keluarga nelayan yang ditimpa kemalangan. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya