Malaysia Techlympics 2024 pupuk minat bidang teknologi

Malaysia Techlympics 2024 pupuk minat bidang teknologi

ROLAND Sagah Wee Inn beramah mesra dengan peserta Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Sarawak, di Sibu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Program Malaysia Techlympics 2024 adalah platform sesuai bagi memperkenalkan teknologi dan inovasi sekali gus menarik minat pelajar dan belia Sarawak dalam bidang teknologi.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, pertan­dingan Malaysia Techlympics yang diinisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi itu berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI) yang dirangka untuk mempelajari teknologi-teknologi terkini serta mengaplikasinya secara praktikal.

Katanya, ciptaan-ciptaan inovasi tersebut seperti robotik, dron, coding sekali gus memberi pendedahan awal kepada pelajar dan belia kepada teknologi masa kini.

“Syabas kepada semua guru serta anak-anak Sarawak di atas komitmen yang dipamerkan dalam Malaysia Techlympics 2024.

“Jumlah penyertaan dari Sarawak memberangsangkan dengan seramai 1,161 peserta secara keseluruhanya pada tahun ini,” katanya ketika berucap merasmikan Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Sarawak, di sini semalam.

eramai 718 orang anak Sarawak berjaya mara ke peringkat Zon Sarawak untuk bertan­ding bagi melayakkan diri ke Peringkat Akhir Kebangsaan yang akan diadakan di Putrajaya pada bulan depan.

Penganjuran Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Sarawak adalah zon keenam dan terakhir setelah Zon Pantai Timur, Zon Sabah, Zon Selatan, Zon Tengah dan Zon Utara.

Malaysia Techlympics adalah usaha memupuk minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pertandingan yang lebih menyeronokkan, membudayakan belia dengan minda kritikal, set kemahiran dan inovasi yang lebih bermakna serta berimpak tinggi.

Selain itu, platform itu juga menekankan aspek kecerdasan buatan (AI), pengekodan, pengkomputeran dan dron. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya