Malaysia guna pusat data Google, penanda aras penggunaan tenaga, air - Utusan Malaysia

Malaysia guna pusat data Google, penanda aras penggunaan tenaga, air

TENGKU Zafrul berucap pada majlis Mantap Malaysia Bersama AI oleh Google di ibu negara hari ini. UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenal garis panduan baharu untuk menambah baik penggunaan tenaga (PUE) dan air (WUE) menggunakan pusat data Google, sebagai penanda aras keberkesanan penggunaan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, garis panduan itu seiring peningkatan pelaburan pusat data kecerdasan buatan (AI) ke negara ini.

Katanya, ia bagi memastikan keterjaminan bekalan elektrik dan air dikawal dan diguna secara berkesan bersama penyediaan tenaga boleh baharu yang mencukupi, bagi memudah cara pelaburan pusat data AI.

“Garis panduan ini bertujuan meminimum jejak alam sekitar melibatkan pusat data di samping memaksimum kecekapan operasi,” katanya ketika berucap pada majlis ‘Mantap Malaysia Bersama AI, A Google For Malaysia Event dan majlis pecah tanah pembinaan pusat datanya di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan majlis itu dan dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google, Ruth Porat.

Kata Tengku Zafrul, Skim Sokongan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) yang akan datang membolehkan Akses Pihak Ketiga (TPA) untuk tenaga boleh baharu, yang membolehkan syarikat mendapatkan tenaga bersih secara langsung daripada pengeluar tenaga.

Jelasnya, ia akan terus mempromosi penerimaan tenaga hijau untuk menyokong penyahkarbonan infrastruktur digital Malaysia.

“Ia akan memainkan peranan penting dalam memastikan industri-industri, termasuk pusat data mengamalkan pekeliling dengan mempromosi penggunaan semula, kitar semula dan pembuatan semula bahan.

“Pendekatan ini selaras dengan matlamat kemampanan Malaysia yang lebih luas dan mengukuhkan kepemimpinan kami dalam pertumbuhan hijau serta memenuhi komitmen kami di bawah Perjanjian Paris,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, selain pusat data Google yang akan menjadi penanda aras korporat baharu di Malaysia melalui PUE, WUE, ia juga termasuk amalan terbaik ekonomi pekeliling kerajaan.

Katanya, program pengurusan air Google bertujuan memulihkan 120 peratus daripada air yang diguna bermula dengan pemulihan tasik di Taman Aman, Selangor.

“Paling penting ialah komitmen kukuh Google terhadap tenaga bersih, dengan mengendali beberapa pusat data yang paling cekap tenaga di dunia.

“Matlamat mereka mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2030 menunjukkan komitmen sebenar untuk memastikan teknologi tinggi juga boleh mesra alam bagi membentuk masa hadapan lebih hijau dan mampan,” katanya.

Katanya, pusat data Google sejajar dengan Rancangan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030 (NIMP 2030).

“Di bawah NIMP 2030, kerajaan berhasrat mewujudkan 3,000 kilang pintar menjelang 2030, dipacu oleh teknologi canggih seperti AI, data raya dan pembelajaran mesin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya