Malaysia, Ethiopia bincang, kukuhkan hubungan dua hala - Utusan Malaysia

Malaysia, Ethiopia bincang, kukuhkan hubungan dua hala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Ethiopia, Dr. Abiy Ahmed Ali mengadakan perbincangan bagi meningkatkan hubungan dua hala antara dua negara.

Perdana Menteri berkata, lawatan kerja dua hari antara dua negara itu bakal membincangkan berkenaan industri halal, pelaburan, komoditi, kesihatan, pelancongan dan pendidikan.

“Ethiopia merupakan rakan dagangan ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika.

“Pada tahun lepas, nilai dagangan dua hala Malaysia dan Ethiopia direkodkan pada RM446.8 juta dengan eksport Malaysia bernilai RM358.6 juta dengan peningkatan 24.6 peratus,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya.

Semalam, Dr. Abiy Ahmed Ali tiba di Malaysia bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, yang merupakan kunjungan sulung beliau ke negara ini.

Pesawat yang membawa Abiy, bersama Wanita Pertama Zinash Tayachew Bere dan delegasinya, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.30 pagi.

Antara yang menyambut ketibaan beliau adalah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir, serta Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri Datuk Yubazlan Yusof.

Sejurus tiba, Abiy memeriksa kawalan kehormat yang dibarisi oleh 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Kapten Nur Ahmad Zaim Zahari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya