Lumba Rakit Taman Negara produk pelancongan ekologi Pahang

Lumba Rakit Taman Negara produk pelancongan ekologi Pahang

PASUKAN yang menyertai lumba rakit dari Kampung Pagi ke Taman Negara Kuala Tahan di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Lumba rakit di Sungai Tembeling di sini menjadi produk baharu dalam mempromosikan sektor ekopelancongan atau pelancongan ekologi sekali gus meningkatkan kehadiran pelancong ke Taman Negara Kuala Tahan di sini.

Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim berkata, kejohanan itu merupakan strategi memanfaatkan semaksimum mungkin kekayaan anugerah alam semula jadi dalam meningkatkan peluang ekonomi penduduk.

“Setiap peserta akan menelusuri Sungai Tembeling bermula dari Kampung Pagi ke Taman Negara sambil mengharungi jeram dan lubuk yang menjadi cabaran aktiviti lasak dan tradisi ini kepada penduduk tempatan.

“Selain beradu tenaga dalam lumba rakit, peserta juga berpeluang melibatkan diri dalam sukan rakyat seperti menyelam individu, lumba perahu, bagi memantapkan lagi semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan antara mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata, statistik kedatangan pelancong ke Taman Negara Pahang pada Januari hingga September lalu adalah 96,973 orang membabitkan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, pelancong dari negara Pe­rancis, Jerman, Itali, Denmark dan China me­rupakan penyumbang ter­besar kepada jumlah kedatangan pelancong tersebut.

“Secara keseluruhan, Pahang telah menerima seramai 5,921,781 juta orang pelancong me­rangkumi pelancong tempatan dan antarabangsa bagi tempoh suku tahun yang kedua,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya