Luluh hati tengok barangan jualan terbakar

Luluh hati tengok barangan jualan terbakar

ANGGOTA JBPM Kelantan sedang menjalankan siasatan di lokasi kebakaran Pasar Besar Kuala Krai, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Luluh hati seorang wanita melihat barangan jualan bernilai RM5,000 musnah selepas Pasar Besar Kuala Krai di sini yang menjadi tempat dia mencari rezeki terbakar malam tadi.

Halimah Daud, 65, berkata, sebaik sahaja menerima panggilan daripada anaknya yang memaklumkan kejadian itu dia terus bergegas ke pasar tersebut.

Menurutnya, sejurus tiba dia mendapati api sedang marak membakar kawasan pasar tersebut termasuk premis perniagaannya.

“Saya hanya mampu melihat dari jauh stok jualan yang baharu seperti tempoyak, petai jeruk dan ikan kering gagal diselamatkan.

“Merumitkan lagi keadaan, kesemua stok itu masih belum dijelaskan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagi Salmah  Salleh, 35, memberitahu, dia mengetahui kebakaran itu selepas menonton siaran langsung menerusi aplikasi TikTok.

Katanya, bagaimanapun dia terkejut apabila mendapati semua barangan jualan gagal diselamatkan kerana api marak dengan begitu cepat.

 

KEADAAN Pasar Besar Kuala Krai, Kelantan selepas terbakar awal pagi tadi-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih lagi menjalankan siasatan berhubung kebakaran tersebut.

Utusan Online hari ini melaporkan Pasar Besar Kuala Krai yang menjadi nadi kegiatan ekonomi penduduk di sini terbakar awal pagi tadi.

Kebakaran sekitar pukul 1.15 pagi itu menyebabkan 80 peratus premis berkenaan musnah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa bagaimanapun berkata, kebakaran itu tidak melibatkan nyawa.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya