Lima rumah terbakar, 20 mangsa tinggal sehelai sepinggang - Utusan Malaysia

Lima rumah terbakar, 20 mangsa tinggal sehelai sepinggang

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran yang memusnahkan lima rumah di Kampung Sungai Ayam, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Lima keluarga di Kampung Sungai Ayam dekat sini tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Penolong Penguasa Bomba Ayub Majid berkata, kebakaran itu memusnahkan kira-kira 85 peratus daripada keseluruhan rumah, namun tiada kemalangan jiwa dalam kejadian ini.

Pihaknya menerima panggilan tentang kebakaran pada pukul 3.58 petang dan mengatur gerak pasukan yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Noor Rashid Tugirin ke lokasi kejadian. 

Pihaknya, turut dibantu pasukan Bomba dan Penyelamat Penggaram dengan keseluruhan 13 anggota.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran memusnahkan lima buah rumah sementara yang dibina menggunakan papan,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Yusla Ismail berkata, seramai 20 mangsa daripada lima buah keluarga berusia antara sembilan hingga 60 tahun terjejas dalam kebakaran itu.

Katanya, semua mangsa kini menumpang di rumah saudara mara terdekat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut memberikan bantuan segera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya