Lelaki warga asing patah pengelap cermin kenderaan ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki warga asing patah pengelap cermin kenderaan ditahan

TANGKAP layar menunjukkan seorang lelaki warga asing mematahkan pengelap cermin belakang kenderaan diparkir di Terminal Bas Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang lelaki warga asing yang berperangai pelik dengan mematahkan pengelap cermin belakang beberapa buah kenderaan berjaya ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB). 

“Siasatan dilakukan mendapati video tular memaparkan seorang lelaki sedang mematahkan pengelap cermin belakang kenderaan yang diparkir itu berlaku berhampiran Terminal Bas Batu Pahat, kira-kira pukul 3.30 petang pada hari sama.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, pihak polis menemukan sebilah pisau lipat dalam beg sandang milik suspek,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya ke tempat awam.

Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana berada di negara ini tanpa dokumen yang sah.

Sebelum itu tular video berdurasi 16 saat dalam aplikasi TikTok memaparkan perbuatan lelaki terbabit yang mengundang keresahan orang ramai dan meminta pihak berkuasa menahannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya