Lelaki rosakkan lampu isyarat guna parang ditangkap - Utusan Malaysia

Lelaki rosakkan lampu isyarat guna parang ditangkap

TANGKAP layar video tular seorang lelaki merosakkan beberapa penutup lampu isyarat menggunakan parang di Port Dickson petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Lelaki yang tular merosakkan beberapa penutup lampu isyarat menggunakan parang petang tadi berjaya ditangkap polis di Pantai Seaview di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, pihaknya telah mengesan video tular berdurasi 33 saat di media sosial kira-kira pukul 3.45 petang tadi.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku pada sekitar pukul 2.15 petang di sebuah persimpangan lampu isyarat dari Kampung Arab, Shell Gate menghala ke Kampung Gelam.

“Bertindak atas maklumat, pada pukul 4.45 petang, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson telah membuat tangkapan ke atas suspek di sebuah pondok berdekatan Pantai Seaview.

“Suspek yang ditangkap berusia 39 tahun, tidak bekerja dan mempunyai dua rekod lampau kesalahan jenayah. Bagaimanapun, hasil ujian saringan air kencing suspek didapati negatif,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Maslan lagi, polis telah merampas senjata, kenderaan dan pakaian yang digunakan semasa kejadian. 

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958 dan suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson esok untuk proses tahan reman.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya