Lelaki maut nahas, tidak sempat sertai program khidmat negara Singapura - Utusan Malaysia

Lelaki maut nahas, tidak sempat sertai program khidmat negara Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang lelaki warganegara Singapura maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam nahas di Kilometer 223.8, Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa, Muhammad Razif Harun, 21, pelajar Institute of Technical Education, Singapore disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Asisten Superintenden Nur Zuliati Razali, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha XMAX dalam perjalanan dari arah Senawang menghala ke Ayer Keroh.

“Sebaik sampai ditempat kejadian, mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas sendiri di besi penghadang jalan. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Difahamkan, mangsa baharu bercuti di sekitar Kuala Lumpur dan bakal menyertai program khidmat negara Singapura tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Nur Zuliati lagi, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN