Lelaki maut, motosikal langgar belakang kereta berhenti di lorong kecemasan - Utusan Malaysia

Lelaki maut, motosikal langgar belakang kereta berhenti di lorong kecemasan

KEADAAN motosikal yang ditunggang mangsa yang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 285 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah ke utara di Nilai, Seremban petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan dalam kejadian di Kilometer 285 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah ke utara dekat Nilai di sini petang tadi. 

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata kejadian berlaku lebih kurang pukul 3 petang, apabila kereta jenis Proton Pesona yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 37 tahun dalam perjalanan dari arah Nilai menghala ke Shah Alam, Selangor.

“Tiba di tempat kejadian, tayar belakang sebelah kiri kereta itu telah pancit. Pemandu kemudiannya telah berhenti di lorong kecemasan untuk membuat pemeriksaan. Selang beberapa minit, datang sebuah motosikal jenis Honda Vario yang ditunggang mangsa namun yang gagal mengelak lalu melanggar belakang kenderaan terbabit.

“Akibat dari kemalangan tersebut, mangsa yang berumur 37 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta anggota badan dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu perubatan dari Hospital Tuanku Ja’afar Seremban,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Berikutan itu, katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN