Lelaki maut motosikal ditunggang langgar lori tanpa muatan - Utusan Malaysia

Lelaki maut motosikal ditunggang langgar lori tanpa muatan

KEJADIAN kemalangan yang berlaku di simpang lampu isyarat Jalan Persiaran Korporat di Nilai, Seremban pagi tadi.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tanpa muatan dalam kejadian di simpang lampu isyarat Jalan Persiaran Korporat di Nilai dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, nahas berlaku pada pukul 11.30 pagi membabitkan sebuah lori lapan tan dan sebuah motosikal Yamaha Y15 yang ditunggang mangsa. 

“Sebelum kejadian berlaku, lori yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 60 tahun sedang dalam perjalanan dari arah bulatan Putra menghala ke Desa Cempaka. Apabila sampai di persimpangan lampu isyarat berkenaan pemandu lori itu ingin membuat pusingan U. 

“Kemudian datang motosikal yang ditunggang mangsa yang berusia 56 tahun dari arah yang sama dan cuba memotong lori dari sebelah kanan namun gagal mengelak lalu terlanggar di bahagian tepi sebelah kanan lori. 

“Akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal terbabit telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa bahagian badan. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya