Lelaki ditangkap, curi lapan biji buah nangka - Utusan Malaysia

Lelaki ditangkap, curi lapan biji buah nangka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki ditangkap polis selepas dipercayai mencuri lapan biji buah nangka dalam satu guni di sebuah kebun di Mantin, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada orang awam memaklumkan terdapat dua lelaki tidak dikenali berada di dalam kebun buah miliknya dan mengaut buah kira-kira pukul 3.51 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kebun buah tersebut adalah milik pengadu dan pekerjanya telah memaklumkan kejadian tersebut.

“Pengadu telah pergi ke kawasan kebun dan mendapati plastik beg yang diletakkan pada kesemua buah nangka telah terbuka. 

“Susulan daripada kejadian ini, kira-kira pukul 4.30 petang, sepasukan polis dari Balai Polis Mantin telah berjaya membuat tangkapan ke atas suspek berusia 30-an dan semakan rekod lampau mempunyai dua rekod jenayah. 

“Usaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas sedang giat dilakukan. Suspek kini direman selama tiga hari hingga 18 Oktober ini,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Abdul Malik lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 477 Kanun Keseksaan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN