Lelaki ditahan PGA, tidak sempat edar 2,200 pil Yaba

Lelaki ditahan PGA, tidak sempat edar 2,200 pil Yaba

PIL Yaba yang berjaya dirampas PGA selepas menahan seorang lelaki semasa menunggang motosikal di Kampung Mentera Banggu, Bukit Marak, Kota Bharu, Kelantan di sini kelmarin.-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki tidak sempat mengedarkan 2,200 pil Yaba selepas ditahan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan semasa menunggang motosikal di Kampung Mentera Banggu, Bukit Marak di sini kelmarin.

Suspek berusia 41 tahun itu ditahan pada pukul 4.30 petang semasa anggota PGA melakukan tugasan rutin menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, sejurus ditahan pemeriksaan yang dilakukan membawa kepada penemuan 2,200 biji pil Yaba bernilai RM33,000 di dalam beg silang milik suspek.

Menurutnya, turut dirampas dalam serbuan itu sebuah telefon bimbit milik suspek, motosikal, seluar jean berwarna hitam dan wang tunai berjumlah RM1,174.

“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM39,874. Saringan ujian air kencing yang dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis Meth.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, suspek kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyalahgunaan dadah dari terus berleluasa di negeri ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya