Lelaki dikhuatiri lemas, terjatuh dari jeti di Kampung Kurnia - Utusan Malaysia

Lelaki dikhuatiri lemas, terjatuh dari jeti di Kampung Kurnia

ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan tinjauan di kawasan sekitar mangsa dilaporkan jatuh di Jeti Batu 3, Kampung Kurnia di Kuantan, Pahang. - FOTO IHSAN JBPM Pahang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jeti Batu 3 di Kampung Kurnia, kira-kira pukul 11.24 pagi semalam.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, berdasarkan laporan yang diterima, mangsa berusia dalam lingkungan 45 tahun.

Menurutnya, pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.34 pagi.

“Mangsa disyaki terjatuh ke dalam sungai berdasarkan maklumat pengadu. Semalam, pasukan penyelamat mula melakukan pencarian di sekitar kawasan mangsa jatuh.

“Operasi turut melibatkan bantuan unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan bot untuk mencari mangsa,” katanya di sini.

Sementara itu, Zulfadli berkata, operasi menyelamat disambung semula pukul 8 pagi hari ini setelah ditangguhkan petang semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN