Lelaki didenda RM3,500 curi lapan nangka

Lelaki didenda RM3,500 curi lapan nangka

SHARWANI Khan Jahardad dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi didakwa atas kesalahan menceroboh kebun dan mencuri lapan buah nangka di Mantin, Seremban kelmarin.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pengimpal dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Seremban semalam selepas dia mengaku bersalah menceroboh kebun dan mencuri lapan buah nangka di Mantin, di sini, kelmarin.

Majistret, Syed Farid Syed Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Sharwani Khan Jahardad, 34, sebanyak RM2,000 dan dua bulan penjara jika gagal menjelaskan bayaran bagi tuduhan melakukan pencerobohan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, dia didapati telah melakukan pencerobohan jenayah dengan masuk ke dalam kebun kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Kampung Baru Mantin pada 15 Oktober lalu.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal manakal tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), R. Kanapathy.

Di kamar berlainan di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli, tertuduh juga telah didapati mencuri lapan buah nangka milik seorang lelaki berusia 35 tahun bernilai lebih kurang RM250 pada waktu, lokasi dan tarikh yang sama dengan pertuduhan sebelumnya.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi dan tertuduh diwakili Peguam YBGK, Roslaili Alias. Nurul Saqinah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 ke atas tertuduh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya