Lelaki dibunuh kerana hutang - Utusan Malaysia

Lelaki dibunuh kerana hutang

LOKASI seorang lelaki warga asing ditemukan dibunuh di hadapan luar pagar stor di Jalan Kemajuan Perindustrian 4 BT 24, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Gara-gara hutang seorang lelaki warga asing ditemukan berlumuran darah, dipercayai dibunuh di hadapan luar pagar sebuah stor di Jalan Kemajuan Perindustrian 4 BT 24, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat tentang penemuan seorang lelaki berusia 30 tahun yang tidak sedarkan diri, kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Tinggi berjaya menangkap seorang lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 30-an ditepi jalan Batu 25, Jalan Johor-Kota Tinggi.

Pihaknya merampas sebuah telefon bimbit berserta dengan pakaian yang mempunyai kesan darah dipercayai dipakai oleh suspek semasa kejadian.

“Namun, senjata yang digunakan masih belum ditemukan. Punca kejadian dipercayai disebabkan hutang. Suspek juga berada dalam keadaan mabuk sewaktu kejadian” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. 

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari hingga 28 Oktober ini bagi membantu siasatan dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail  (HSI) Johor Bahru untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan hendaklah dihukum dengan sebatan tidak melebihi 12 kali, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya