Lebih 400 penerbangan di India terima ancaman bom palsu

Lebih 400 penerbangan di India terima ancaman bom palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Lebih 400 penerbangan domestik dan antarabangsa di India menerima ancaman bom palsu dalam tempoh kira-kira dua minggu sehingga semalam.

Menurut laporan The Hindu, lebih 410 penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan India menerima ancaman bom palsu sejak 15 hari lalu.

Laporan itu mendakwa, kebanyakan ancaman tersebut dikeluarkan melalui media sosial.

Setakat semalam, ancaman sedemikian dikeluarkan untuk lebih daripada 60 penerbangan.

Syarikat Air India dan IndiGo, masing-masing menerima ancaman untuk 21 penerbangan, manakala Vistara terjejas dengan 20 penerbangan.

Setakat ini, tidak dapat diketahui berapa lama gangguan ini berlaku.

IndiGo memaklumkan, dua penerbangannya terpaksa dilencongkan akibat ancaman tersebut, lapor Business Today.

Penerbangan 6E 133, dalam perjalana dari Pune ke Jodhpur, dialihkan ke Ahmedabad, dan 6E 87 dari Kozhikode ke Dammam dilencongkan ke Mumbai.

Jurucakap Air India mengesahkan beberapa penerbangannya menerima ancaman keselamatan melalui media sosial semalam.

Susulan ancaman yang semakin berleluasa itu, Kementerian IT India menasihatkan orang awam mematuhi ketetapan dan menghapuskan atau menyekat akses kepada maklumat palsu di media sosial di bawah peraturan IT.

Kementerian penerbangan awam negara turut mengambil langkah mencegah kejadian ini dan mengharam individu yang terlibat dalam menyebarkan ancaman daripada melakukan perjalanan, lapor The Hindu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya