Lebih 110,000 kendaraan Singapura daftar VEP - Utusan Malaysia

Lebih 110,000 kendaraan Singapura daftar VEP

ANTHONY LOKE SIEW FOKE (kanan) melihat notis peringatan kepada seorang pemandu kenderaan pendaftaran Singapura yang belum mendaftar sistem VEP yang dikuatkuasa mulai 1 Oktober lalu di BSI, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 112,658 kenderaan pendaftaran Singapura  memohon Permit Masuk Kenderaan (VEP) susulan pelaksanaan penguatkuasaan VEP di pintu sempadan darat Malaysia-Singapura yang  bermula, kelmarin.

Jumlah itu melebihi sasaran awal, iaitu antara 80,000 hingga 100,000 kenderaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 75,412 kenderaan telah memasang tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) VEP, manakala selebihnya belum diaktifkan atau dipasang pemilik kenderaan.

Walau bagaimanapun hasil pemantauan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), beliau memberitahu, ada kenderaan dari republik itu yang masih belum mendaftar VEP.

“Kaedah penguatkuasaan dijalankan secara berfasa, iaitu dengan pengeluaran notis peringatan kepada pemilik dan pemandu kenderaan Singapura yang belum membuat pendaftaran VEP.

“Penguatkuasaan dilaksanakan di laluan keluar (outbound) Malaysia-Singapura secara rawak di kedua-dua pintu masuk di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) mendapati daripada 678 kenderaan diperiksa, hanya 50 notis dikeluarkan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke CIQ BSI bagi meninjau pelaksanaan VEP di pintu masuk sempadan berkenaan, hari ini.

Dalam pada itu, Siew Fook memberitahu, pihak berkuasa akan memberi tempoh tertentu kepada pemilik kenderaan Singapura untuk memohon VEP sebelum tindakan saman dikeluarkan.

Justeru beliau menyeru pemilik kenderaan Singapura untuk segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa memasuki dan keluar dari negara ini.

“Kita tak letak garis masa untuk memohon VEP sebelum mengambil tindakan saman. Ini kerana pemilik kenderaan akan menunggu saat akhir juga untuk memohonnya.

“Kita sudah menghebahkan mengenai pelaksanaan VEP ini sudah lama, malah merancangnya untuk dibuat pada 2019 sebelum terhenti akibat isu teknikal. Jadi, tidak sepatutnya timbul isu kelewatan atau tidak tahu mengenainya,” katanya.

Bagi kenderaan Singapura yang belum mendaftar VEP,  pihak JPJ juga boleh mengesan menerusi semakan nombor pendaftaran kenderaan dengan menggunakan peranti penguatkuasaan yang dibekalkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya