Lawatan Blinken di Tel Aviv 'disambut' siren serangan roket

Lawatan Blinken di Tel Aviv ‘disambut’ siren serangan roket

ANTHONY BLINKEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Tentera Israel menembak jatuh dua roket dari Lubnan yang mencetuskan siren serangan udara di Tel Aviv, ketika lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken ke bandar itu, semalam.

Beberapa pegawai kanan Jabatan Negara AS serta wartawan yang mengikuti lawatan Blinken di hotelnya meninggalkan dewan sarapan dan bergegas ke tempat perlindungan di tingkat bawah bersama tetamu serta kakitangan lain apabila siren berbunyi.

Serangan roket berlaku sejurus selepas pasukan Israel memintas dua dron yang dilancarkan dari arah timur dan menyasarkan bandar pelabuhan Laut Merah, Eilat, menurut tentera.

Tiada laporan segera mengenai kecederaan dalam serangan dron atau roket tersebut.

Kumpulan Penentangan Islam di Iraq berkata, ia menyerang Eilat dua kali dengan dron pada Rabu.

Kumpulan pro-Iran itu turut berkata, ia menyerang sasaran penting.

Blinken mengadakan siri baharu lawatan ke Asia Barat, bermula dengan Israel, untuk meneruskan usaha menggesa gencatan senjata dan pembebasan tebusan.

Pemimpin kanan AS itu berlepas ke Arab Saudi semalam, sebagai sebahagian daripada lawatan ke-11 ke rantau itu sejak permulaan perang Israel-Hamas.- REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya