Larian lucah: Tiga lelaki termasuk dua warga asing ditahan - Utusan Malaysia

Larian lucah: Tiga lelaki termasuk dua warga asing ditahan

POLIS menahan tiga lelaki, termasuk dua warga asing kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh semasa menyertai Larian Antabangsa Pan Asia di Bandar Penawar, Kota Tinggi, baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Tiga lelaki, termasuk dua warga asing ditahan bagi membantu siasatan kelakuan tidak senonoh serta lucah semasa menyertai Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di sebuah hotel dekat Bandar Penawar, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, mereka yang berusia 39 hingga 79 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada  pukul 10 malam tadi di sebuah hotel di sini.

Pihak polis turut merampas pakaian serta aksesori yang dipercayai dipakai semasa larian tersebut, iaitu sepasang sari berwarna merah, sepasang skirt warna merah, tiga keping kadbod berwarna perak dan sebatang tombak tiruan berwarna perak. 

“Siasatan awal polis mendapati tindakan yang dilakukan oleh ketiga-tiga tangkapan adalah atas kapasiti individu dan bukan mewakili pihak penganjur atau program larian yang dianjurkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan yang menghina dan Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

Siasatan masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menggugat ketenteraman awam. 

Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat tentang kejadian jenayah menerusi hotline IPD Kota Tinggi 07-8831222 atau Bilik Gerakan 07-8831221.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya