Lari tinggalkan Proton Wira sarat dengan 700 liter petrol seludup

Lari tinggalkan Proton Wira sarat dengan 700 liter petrol seludup

ANGGOTA KPDN Kelantan memeriksa tong jerikan selepas menahan sebuah kereta Proton Wira yang membawa 700 liter petrol seludup dalam serbuan di Lubok Jong, Rantau Panjang, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG : Seorang lelaki nekad melarikan diri dengan meninggalkan sebuah kereta Proton Wira yang sarat dengan tong jerikin berisi 700 liter minyak petrol selepas kegiatannya menyeludup bahan bakar itu ke negara jiran berjaya dihidu pasukan penguat kuasa.

Serbuan pukul 12 tengah hari yang dilakukan menerusi Ops Tiris 3.0 di sebuah rumah yang tidak bernombor di Kampung Lubok Jong di sini semalam.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, semasa melakukan rondaan, anggota bertugas telah mengesan sebuah kereta Proton Wira Aeroback  yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, menyedari diekori suspek terus bertindak menghentikan kereta yang dipandunya secara mengejut dan terus melarikan diri ke kawasan semak berhampiran.

“Pemeriksaan membawa kepada penemuan 700 liter minyak petrol di dalam tong jerikin dengan nilai berjumlah RM1,435,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azman memberitahu, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya