Lapor JPJ jika kesan kenderaan diisytihar ‘total lost’ masih digunakan di jalan raya - Utusan Malaysia

Lapor JPJ jika kesan kenderaan diisytihar ‘total lost’ masih digunakan di jalan raya

Datuk Aedy Fadly Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta mana-mana individu mempunyai maklumat atau mengesan kenderaan asal mereka yang sudah diisytiharkan rosak sepenuhnya (total lost) tetapi masih berada di jalan raya tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perkara ini dan mengambil serius berhubung isu berkenaan.

“Kami ambil serius perkara ini dan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terbabit.

“Justeru, saya menasihatkan individu itu serta mana-mana pihak yang mengalami situasi sama supaya membuat laporan kepada pihak polis dan JPJ,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir meninjau sesi ujian program berkenaan di Amsa Bangi Driving Academy di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, laporan mereka diperlukan bagi membolehkan siasatan dilakukan sekiranya terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan semula kenderaan itu meskipun telah diisytiharkan total lost.

Sebelum ini, tular mesej individu di Telegram yang mendakwa saudaranya terserempak dengan keretanya yang sudah rosak sepenuhnya berada di jalan raya.

Malah, semakan dilakukan individu terbabit menerusi aplikasi MyJPJ juga mendapati cukai jalan kenderaan itu yang diisytihar sebagai rosak sepenuhnya sejak 12 tahun lalu masih aktif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya