Lapan mangsa terlibat kemalangan tiga kenderaan

Lapan mangsa terlibat kemalangan tiga kenderaan

Kemalangan
PASUKAN penyelamat membantu menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua lori dan sebuah kereta dekat Jalan Klang - Teluk Intan, Sekinchan, di Sabak Bernam, Selangor, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Lapan mangsa nyaris maut selepas tiga kenderaan terdiri daripada dua lori dan sebuah kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dekat Jalan Klang – Teluk Intan, Sekinchan di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.21 pagi sebelum menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan.

Menurutnya, kemalangan tersebut membabitkan lori jenis satu dan tiga tan serta serta sebuah kereta jenis Proton Saga, sementara dua daripada mereka iaitu pemandu lori tiga tan dan kelindannya tersepit di bahagian kaki.

“Terdapat lapan mangsa. Enam daripada mereka dikeluarkan oleh orang awam dan mengalami cedera ringan. Terdapat lagi seorang mangsa yang tersepit cedera dibahagian kaki kiri dan seorang lagi cedara di sebelah kaki kanan. Kerja-kerja menyelamatkan mangsa berkenaan dilakukan oleh bomba.

“Kedua-dua mangsa tersepit iaitu G. G. Neeven dan S. Suddaha masing-masing berusia 38 tahun,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudian diserahkan kepada petugas perubatan Kementerian Kesihatan untuk rawatan dan tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya