Labur RM87,479, hanya dapat untung RM421

Labur RM87,479, hanya dapat untung RM421

ORANG ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat. - Gambar Hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki mengalami kerugian RM87,479 apabila wang simpanannya ‘lebur’ akibat terpedaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang disertainya selepas menerima pautan menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mangsa berusia 52 tahun itu menerima pautan tersebut daripada individu bernama ‘Mandy’ yang mengakui wakil syarikat ‘Boci Club Members’ pada 12 Ogos lalu.

“Pelaburan itu melibatkan pembelian saham yang menjanjikan pulangan keuntungan sehingga 80 peratus. Disebabkan tertarik, mangsa melakukan dua transaksi berjumlah RM87,900 ke dalam dua akaun berbeza pada 13 September dan 15 Oktober.

“Sepanjang membuat pelaburan tersebut, mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM421 sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mangsa hanya menyedari telah ditipu apabila ‘Mandy’ memintanya membuat pelaburan tambahan sebanyak RM15,000 bagi pengeluaran wang keuntungan yang dijanjikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya