KUSKOP salur RM300,000 kepada koperasi komuniti India

KUSKOP salur RM300,000 kepada koperasi komuniti India

R.Ramanan bersama ahli koperasi komuniti India yang hadir dalam Persidangan Koperasi Komuniti India (PKKI) 2024, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM300,000 kepada koperasi komuniti India yang hadir dalam Persidangan Koperasi Komuniti India (PKKI) 2024, hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramkrishnan berkata,  inisiatif tersebut hasil kerjasama antara KUSKOP dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Peruntukan khas ini adalah untuk koperasi-koperasi komuniti India yang layak dan telah hadir pada persidangan hari ini.

“Dana ini untuk memperkasa aktiviti ekonomi koperasi. Dengan adanya PKKI 2024 pada hari ini, saya yakin boleh  menaikkan semangat koperator serta meningkatkan keupayaan koperasi untuk memberi manfaat kepada anggota,” katanya ketika merasmikan persidangan ini di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini, hari ini.

Menurut beliau,  nilai tertinggi yang boleh diperoleh oleh sebuah koperasi adalah RM30,000, dan permohonan akan diteliti mengikut keperluan.

Beliau turut berharap lebih banyak koperasi komuniti India diwujudkan selepas ini, meliputi koperasi kredit, koperasi agro, dan koperasi sekuriti makanan.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, Kerajaan Madani akan terus berusaha untuk memperkasakan usahawan komuniti India melalui beberapa inisiatif khusus.

Kata beliau, SKM banyak menjalankan jualan MADANI di seluruh negara, tetapi tiada satu pun koperasi India terlibat.

“Jadi, saya harap koperasi komuniti India terus dilibatkan dan bukan sekadar koperasi kredit diwujudkan, tetapi koperasi agro dan koperasi sekuriti makanan ditubuhkan secara berleluasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya