Kurtis warna merah, putih dijangka jadi pilihan Deepavali

Kurtis warna merah, putih dijangka jadi pilihan Deepavali

B. NAVINA (kanan) bersama pekerjanya menunjukkan pakaian tradisional kurtis ketika ditemui di Karnival Deepavali Negeri Sembilan 2024 di Rangoli Walk, Jalan Lee Fong Yee, Seremban kelmarin. – UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pakaian tradisional masyarakat India seperti kurtis dijangka terus menjadi pilihan dan dicari-cari untuk digayakan sempena sambutan Deepavali tidak lama lagi.

Seorang peniaga, B. Navina, 19, berkata, pakaian tersebut tahun ini dijual pada RM35 sehingga RM150 sepasang mengikut corak.

Jelasnya, tahun ini juga dijangkakan warna merah dan putih akan menjadi pilihan pelanggan.
“Ramai menggemari jenis pendek yang dipanggil ‘short kurtis’ kerana ia memberi lebih keselesaan pada si pemakai.

“Selain itu kami juga ada pakaian sut punjabi dan sut plazo yang sering juga mendapat permintaan saban tahun,” katanya.

Dia ditemui Utusan Malaysia di Karnival Deeepavali Negeri Sembilan 2024 yang diadakan di Rangoli Walk, Jalan Lee Fong Yee di sini, kelmarin.

Navina berkata, lazimnya, karnival seperti itu akan lebih ramai pengunjung semasa hari-hari terakhir penganjurannya.

“Biasanya orang suka membeli saat-saat akhir dan pada waktu itu peniaga memang tidak menang tangan.

“Tahun lepas jualan mencecah sekitar RM50,000,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Karnival Deepavali Negeri Sembilan 2024, P. Gunasekaran berkata, selain di Rangoli Walk, karnival sama diadakan di Taman AST di sini.

“Terdapat 200 gerai jualan di kedua-dua lokasi karnival yang menyajikan makanan tradisional kaum India seperti laddu, pani puri dan maruku di samping barang perhiasan serta pakaian.

“Kami menyediakan pengangkutan percuma kepada pengunjung dari Taman AST ke Rangoli Walk dan Rangoli Walk ke Taman AST pada setiap 15 minit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya