Kualiti air pantai Port Dickson dalam kategori terbaik - Utusan Malaysia

Kualiti air pantai Port Dickson dalam kategori terbaik

SEBANYAK 12 kawasan pantai di Port Dickson mencatatkan status kategori terbaik bagi kualiti air marin daripada keseluruhn 188 stesen pantai yang dipantau di seluruh negara pada tahun lalu menerusi Indeks Kualiti Air Marin Malaysia (IKAMM)-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kualiti air di 12 kawasan pantai di daerah Port Dickson berada dalam kategori terbaik menerusi Indeks Kualiti Air Marin Malaysia (IKAMM) hasil Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2023 yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) awal September lalu.

Antara kawasan pantai berkenaan adalah Pantai Port Dickson Batu 6 (Pantai Cahaya Negeri) yang mencatatkan nilai ukuran IKAMM iaitu 96 serta Pantai Bagan Pinang dan Pantai Telok Kemang yang masing-masing mencatatkan nilai 95.

Dua buah pantai lagi yang merupakan stesen pantai bagi penentuan status kualiti air marin bagi pantai dalam indeks berkenaan iaitu Telok Sinting dan Pantai Port Dickson Batu 4 mencatatkan nilai IKAMM kategori baik iaitu 89.

Ini menjadikan tiada kawasan pantai di negeri ini khususnya di Port Dickson yang kualiti air marinnya berada dalam kategori sederhana mahupun tercemar daripada sebanyak 188 stesen pantai yang dipantau di seluruh negara pada tahun lalu menerusi IKAMM.

Menurut laporan berkenaan, stesen pantai yang dipantau terletak di sepanjang pantai kira-kira 100 meter dari gigi air laut dan mestilah sekurang-kurangnya 500 meter dari punca yang berpotensi sebagai punca pencemaran.

Hasil indeks tersebut juga, tiada stesen pantai di negara ini berada dalam kategori tercemar namun terdapat sebanyak 69 stesen berada dalam kategori sederhana.

Pantai Lagenda di Pahang pula menjadi stesen pantai yang berada dalam kedudukan teratas menerusi status kategori terbaik dalam IKAMM manakala enam pantai di Terengganu berada dalam keduduk 10 stesen teratas dengan status kategori terbaik.

Dalam pada itu, bagi status kualiti air marin di dua muara sungai di negeri ini berada dalam kategori sederhana iaitu kawasan Kuala Sungai Linggi yang mencatatkan nilai ukuran IKAMM iaitu 68 manakala Kuala Sungai Lukut mencatatkan nilai 55.

Sebanyak 85 stesen muara sungai telah dipantau pada tahun lalu bagi penentuan status kualiti air marin bagi muara sungai di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, terdapat satu stesen yang berada dalam kategori tercemar iaitu Kuala Sungai Pinang di Pulau Pinang yang mencatatkan nilai ukuran IKAMM iaitu 48.

Sementara itu, Pulau Arang yang menjadi satu-satunya pulau di negeri ini yang dipantau bagi penentuan status kualiti air marin bagi pulau juga mencatatkan status kategori terbaik.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya