KTMB rekod 51 kes tren rempuh haiwan tahun ini

KTMB rekod 51 kes tren rempuh haiwan tahun ini

MOHD. Zain  Mat Taha (berdiri, tiga kanan) bergambar bersama bekas atlet pada Program KTMB Bersama Atlet Lejen dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) di Padang KTMB Tumpat Kelantan hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merekodkan sebanyak 51 kes melibatkan tren kendalian syarikat tersebut yang merempuh haiwan termasuk lembu melintas di kawasan landasan kereta api sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Mohd. Zain Mat Taha berkata, statistik tersebut direkodkan dalam tempoh 10 bulan iaitu bermula Januari hingga ke bulan ini.

Menurutnya, bagaimanapun sebanyak 58 kes melibatkan insiden tren KTMB merempuh haiwan direkodkan sepanjang tahun lalu.

“Kejadian berlaku tidak mengira masa. Keadaan itu menyebabkan pergerakan tren tergendala tidak kurang daripada empat jam sekiranya terdapat kemalangan melibatkan haiwan sebelum perjalanan dapat diteruskan.

“Laluan tren KTMB di Kelantan dan Pahang dikenal pasti menjadi antara lokasi yang kerap berlaku insiden langgar haiwan terutamanya lembu hampir setiap tahun di negeri-negeri Pantai Timur,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Abadikan Momen Istimewa Bersama Atlet Lejen di Padang KTMB di sini hari ini.

Mohd. Zain memberitahu, lokasi hot spot yang sering berlaku kemalangan melibatkan haiwan ialah laluan Kuala Krai-Gua Musang di Kelantan dan Jerantut-Kuala Krau di Pahang.

Katanya, sehubungan itu, pemilik haiwan ternakan perlu memastikan haiwan mereka tidak dilepas dan bebas sehingga ke kawasan landasan kereta api.

“Meskipun lembu-lembu dibiarkan untuk meragut rumput di kawasan landasan kereta api, pemilik perlu sentiasa memantau pergerakan haiwan ternakan mereka.

“Haiwan ternakan mereka juga boleh membahayakan nyawa penumpang dan gerabak kereta api yang sedang bergerak,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya