Krathon: Taiwan tutup sekolah, pejabat untuk hari kedua

Krathon: Taiwan tutup sekolah, pejabat untuk hari kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAOHSIUNG: Taiwan terpaksa menutup sekolah dan pejabat untuk hari kedua pada Khamis akibat taufan Krathon yang membadai pulau itu, menyebabkan dua maut dan lebih 100 yang lain cedera.

Krathon, dengan kelajuan angin berterusan dan tiupan sehingga 162 kilometer sejam, berada 30 kilometer di barat daya Kaohsiung di selatan pada 10 pagi (waktu tempatan), menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).

“Pusat taufan dijangka mendarat sekitar tengahari, berhampiran Tainan, Kaohsiung atau Pingtung di selatan.

“Waktunya ditangguhkan kerana ia bergerak dengan sangat perlahan,” kata peramal, Chang Chun-yao.

Ketua CWA, Cheng Chia-ping berkata, taufan dijangka lemah dengan cepat selepas mendarat, namun penduduk Kaohsiung masih digesa untuk berhati-hati.

Datuk Bandar Kaohsiung, Chen Chi-mai memberitahu pemberita, bandar itu sedang mengalami ‘angin paling kuat’ dan menjangkakan taufan mendarat sekitar pukul 1 tengahari.

“Kami menggesa penduduk untuk tidak keluar rumah melainkan perlu. Setakat ini, Kaohsiung merekodkan 356 kes bencana, kebanyakannya melibatkan pokok tumbang dan papan iklan.

Hujan lebat dan angin kencang yang melanda pulau itu menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut, dua hilang dan 123 yang lain cedera.

Krathon turut mengganggu lalu lintas, menyebabkan semua penerbangan domestik ditangguhkan untuk hari kedua dan pembatalan kira-kira 240 penerbangan antarabangsa.

Setakat hari ini, hampir 10,000 orang dipindahkan di seluruh Taiwan, lapor Kementerian Dalam Negeri.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya