KPJ Seremban laksana latihan kecemasan, uji kesiapsiagaan hadapi bencana - Utusan Malaysia

KPJ Seremban laksana latihan kecemasan, uji kesiapsiagaan hadapi bencana

LATIHAN simulasi proses pemindahan pesakit turut diadakan dalam latihan amal kecemasan Ex-Minang 3.0 yang diadakan di Hospital Pakar KPJ Seremban, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 602 anggota pelbagai agensi kerajaan terlibat dalam latihan amal kecemasan dikenali sebagai Ex-Minang 3.0 yang diadakan di Hospital Pakar KPJ Seremban di sini hari ini.

Ketua Bahagian Risiko, Pematuhan dan Integriti Kumpulan KPJ Healthcare Bhd., Sharizul Hasnifa Baseri, berkata, latihan berkenaan dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sembilan sekali gus ia merupakan hospital swasta pertama yang melaksanakan latihan simulasi berskala besar di negeri ini.

“Latihan ini mensimulasikan senario bencana dalaman dan luaran, menguji protokol kecemasan termasuk pengurusan ancaman bom, sistem pengurusan bencana dan proses pemindahan pesakit ke fasiliti kesihatan yang lain.

“Latihan yang dijalankan di bawah Arahan MKN 21 (Ancaman Ketenteraman Awam) dan bertujuan untuk menilai Prosedur Operasi Standard (SOP) KPJ Seremban dalam pelbagai senario kecemasan. 

“Fokus latihan ini adalah kepada kesiapsiagaan bencana anggota pekerja KPJ Seremban, koordinasi pasukan pengurusan insiden (IMT), Perancangan Kesinambungan Perniagaan (BCP) dan pengurusan krisis termasuk pemindahan perkhidmatan,” katanya lagi.

Antara agensi yang terlibat termasuklah Markas Briged Pertama Infantri Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan serta hospital swasta di Negeri Sembilan. 

Beliau juga memberitahu, latihan berkenaan juga bertujuan untuk menekankan usaha tindak balas yang diselaraskan semasa krisis yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan utama,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya