KPDN Kelantan lantik 70 pemborong simpan stok hadapi banjir

KPDN Kelantan lantik 70 pemborong simpan stok hadapi banjir

AZMAN Ismail (kiri) memeriksa barangan yang dilucuthak untuk dilupuskan oleh KDPN Kelantan di Kandis Bachok, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan membenarkan 70 pemborong di negeri ini untuk menyimpan 30 peratus stok sebagai persediaan hadapi banjir tidak lama lagi.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, kesemua pemborong dibenarkan menyimpan stok itu bermula November hingga Februari.

Menurutnya, langkah itu bertujuan memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi di pasaran sekali gus memudahkan pengguna untuk mendapatkan barangan tersebut apabila banjir melanda nanti.

“Kesemua pemborong ini dibenarkan untuk menyimpan stok sebanyak 30 peratus daripada jumlah asal mengikut lesen yang diluluskan oleh pihak kami,” katanya pemberita selepas sidang media rampasan barangan kes di Stor Penyimpanan Barang Kes KPDN di Kandis di sini hari ini.

Azman memberitahu, kesemua stok bekalan makanan sudah itu sudah dibawa masuk ke negeri ini sebagai persediaan menghadapi tengkujuh.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sebelum ini menjangkakan angin monsun itu akan berlaku pada awal bulan depan berdasarkan faktor klimatologinya.

Ketika ini, Malaysia masih berada dalam fasa peralihan monsun bermula 24 September lalu dan ia dijangka berterusan sehingga awal bulan depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya