KKM akan ambil tindakan, pecat pembuli dalam sektor kesihatan awam - Utusan Malaysia

KKM akan ambil tindakan, pecat pembuli dalam sektor kesihatan awam

DR. ZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembuli di dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam bakal berdepan dengan tindakan maksimum daripada Kementerian Kesihatan (KKM) sekiranya didapati bersalah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memberi jaminan KKM tidak akan berkompromi bagi isu buli dalam kalangan doktor atau petugas kesihatan.

Kata beliau, apabila dapatan siasatan oleh jawatankuasa bebas yang ditubuhkan sebelum ini diperoleh, KKM akan mendedahkan ia dan tidak menyembunyikan perkara tersebut.

“Ini supaya semua pihak dapat mengambil pengiktibaran yang penuh, sama ada pelaku mahupun dari sudut pembuat polisi dan pembuat dasar. Kita mesti tahu akan sebenar-benarnya perkara tersebut secara menyeluruh serta terperinci.

“Jangan lupa apa saya lakukan pada tahun 2018, ketika saya mengadakan jawatankuasa bebas untuk menangani satu kes buli yang mana berakhir dengan dikenakan tindakan dan pemecatan seorang ketua jabatan di hospital di Lembah Klang.

“Jadi jangan ambil mudah, saya tidak akan berkompromi dalam hal ini,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr. Dzulkefly menjawab soalan tambahan daripada Howard Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) yang meminta beliau menyatakan sama ada akan mengemukakan dapatan dan laporan daripada jawatankuasa bebas yang menyiasat kes buli susulan kematian seorang pakar perubatan patologi di Hospital Lahad Datu, Sabah.

Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefly menafikan tuduhan bahawa beliau dan KKM bertindak lewat dalam menangani isu buli di hospital awam.

Katanya, KKM menubuhkan siasatan dalaman sejurus selepas kes buli berlaku di sesebuah hospital.

“Jangan mudah-mudah mengambil begitu, ada satu kes kematian doktor di Hospital Seberang Jaya yang juga didakwa sebagai kes buli, saya memerhatikan apa pun dapatan, data dan informasinya. Saya tidak mudah-mudah mengambil sikap untuk melompat ke konklusi lalu membuat tuduhan.

“Saya pasti kita juga akan mengambil siasatran awal bagi kes baharu ini dan akan menyusuli mungkin dengan jawatankuasa bebas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya