Kes rasuah lombong pasir: SPRM geledah enam lagi premis - Utusan Malaysia

Kes rasuah lombong pasir: SPRM geledah enam lagi premis

SPRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menggeledah enam lagi premis mempunyai kaitan dengan seorang ahli politik berkait kes rasuah berhubung konsesi perlombongan pasir.

Penggeledahan yang dibuat membabitkan sebuah unit kediaman dan lima pejabat di sekitar ibu negara.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, tindakan itu hasil siasatan susulan SPRM selepas menggeledah sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan ‘safehouse’ seorang ahli politik berpengaruh dan menemukan sejunlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta pada Sabtu lalu.

Selain itu, tindakan diambil juga adalah rentetan penggeledahan SPRM di dua lagi tempat penyimpanan wang pada keesokannya sebelum menemukan wang tunai termasuk mata wang asing dengan nilai keseluruhan sebanyak RM321,000.

“Jumlah keseluruhan premis diserbu dan digeledah oleh SPRM adalah sembilan lokasi di ibu negara dan setakat ini, belum masih tahu lagi sama ada terdapat sebarang rampasan wang atau dokumen.

“Ini kerana tindakan masih diambil oleh SPRM,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya