ISLAMABAD: Jangkitan polio meningkat menjelang kempen vaksinasi di Pakistan, dengan 39 kes baharu disahkan sejak Januari berbanding hanya enam kes tahun lalu. Kempen vaksinasi baharu di seluruh negara akan bermula pada 28 Oktober ini dengan memastikan 32 juta kanak-kanak lengkap vaksin berkenaan. “Tujuan utama kempen ini adalah untuk mencapai sasaran menjadikan Pakistan sebuah negara bebas polio,” kata jurucakap Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan untuk Pembasmian Polio, Anwarul Haq. Pakistan kerap melancarkan kempen melawan polio walaupun terdapat serangan terhadap pekerja kesihatan dan polis yang ditugaskan untuk menjalankan kempen vaksinasi. Ini selepas, kumpulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya