Kes khalwat Aliff, Ruhainies mula dibicara Februari 2025 - Utusan Malaysia

Kes khalwat Aliff, Ruhainies mula dibicara Februari 2025

Pelakon, Aliff Aziz (dua kiri) bersama Ruhainies (tiga kiri) hadir di kompleks mahkamah bagi prosiding berhubung kes tangkap khalwat mereka pada Mac lalu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan Februari tahun hadapan bagi perbicaraan kes khalwat membabitkan penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies, Mac lalu.

Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh-tarikh yang dicadangkan.

“Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 20 dan 27 Februari 2025,” kata hakim itu.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Syarie, Masroha Duki dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memaklumkan bahawa pihak pendakwaan telah menyerahkan semua dokumen berkaitan kes itu kepada pembelaan.

Antara dokumen yang diserahkan ialah senarai saksi-saksi yang akan dipanggil memberikan keterangan.

Mendengar perkara itu, peguam-peguam syarie, Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A. Ghani yang masing-masing mewakili Aliff dan Ruhainies mengesahkan penerimaan dokumen tersebut.

Pada 3 Julai lalu, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, dan Ruhainies atau nama penuhnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat.

Mengikut pertuduhan, Aliff didakwa telah berada bersama seorang perempuan beragama Islam iaitu Nur Ruhainies Farehah yang bukan isteri atau mahramnya dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa tertuduh (Aliff) melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah unit kondominium di Bukit Bintang di sini pukul 12.35 pagi, 9 Mac lalu.

Ruhainies pula didakwa telah berada bersama seorang lelaki beragama Islam, Mohamad Aliff yang bukan suami atau mahramnya dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak melakukan perbuatan tidak bermoral pada tempat, masa dan tarikh sama.

Pertuduhan terhadap masing-masing dikemukakan mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini kisah khalwat mereka hangat diperkatakan apabila pelakon Ruhainies mengesahkan dia dan Aliff Aziz diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis Diraja Malaysia di kediamannya di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Pada ketika kejadian, Aliff masih merupakan suami kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29.

Pasangan itu sah bercerai dengan talak satu buat kali kedua pada 13 Jun lalu, kira-kira tiga bulan selepas Aliff ditangkap khalwat.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya