Kes buli doktor, kanak-kanak hilang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini - Utusan Malaysia

Kes buli doktor, kanak-kanak hilang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu kes buli sehingga menyebabkan kematian seorang pakar perubatan patologi di Hospital Lahad Datu antara persoalan yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara tersebut terkandung dalam sesi pertanyaan bagi Jawab jawab lisan yang akan diajukan oleh Lee Chuan How (DAP -Ipoh Timor).

Pertanyaan tersebut diajukan kepada Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan perkembangan tindakan yang telah dibuat terhadap pihak terbabit selain menyatakan langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian buli daripada berulang dalam kalangan doktor.

Dalam sesi sama, Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi menangani kes kanak-kanak hilang yang dilaporkan semakin meningkat apabila kes tersebut direkodkan sehingga dua kes sehari dari 2020 sehingga 2024.

Pada sesi selanjutnya, Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) meminta Perdana Menteri menyatakan faktor aktiviti persundalan, pergaduhan warga asing tanpa permit, dan kebanjiran penjaja warga asing di Kuala Lumpur masih tidak berkurangan walaupun KL Strike Force telah diaktifkan.

Persidangan Parlimen kemudian disusuli Menteri Dalam Negeri menyambung semula pembahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 bagi bacaan kali kedua dan seterusnya Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air membentangkan RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 juga bagi bacaan kali yang kedua.

Perdana Menteri pula dijangka membentangkan tiga RUU iaitu RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024, RUU Pentadbiran Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan dan Menteri Sumber Manusia, masing-masing membentangkan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2024 serta RUU Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya