Kerugian akibat banjir berjaya dikurangkan - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Kerugian akibat banjir berjaya dikurangkan – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID Hamidi (empat dari kiri) melancarkan Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional di Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Negara berjaya mengurangkan kerugian akibat bencana banjir sepanjang tahun lalu kepada kira-kira RM755 juta berbanding RM 1.03 bilion pada 2022.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata pengurangan kerugian bencana banjir sebanyak RM275 juta pada tahun lalu adalah hasil daripada pengurusan cekap dan berkesan susulan pelaksanaan konsep Pengurangan Risiko Bencana.

Justeru, beliau menyeru negeri-negeri terutamanya yang kerap dilanda banjir supaya membuat persediaan dan menambah baik cara pengurusan risiko menghadapi bencana alam itu menjelang Monsun Timur Laut (MTL) tidak lama lagi.

Menurutnya, langkah tersebut penting dalam mengurangkan korban nyawa, kerugian serta kemusnahan harta benda kesan daripada bencana alam tersebut.

“Langkah-langkah ini kita akan laksanakan di seluruh negara dan saya meminta semua pengerusi jawatankuasa bencana negeri dengan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah pengerusinya.

“Kita juga baru mendapat kelulusan Kabinet dua minggu lalu, iaitu dasar pengurangan risiko negara dan prosedur operasi standard itu digunakan untuk koordinasi dalam mengurangkan risiko bencana,” katanya selepas melancarkan Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional di Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Taman Kota Jaya, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ahmad Zahid berkata, walaupun bencana tidak boleh dielakkan, namun risikonya boleh diuruskan dengan impaknya boleh diminimumkan.

Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana merasmikan PPKB Taman Kota Jaya yang merupakan PPKB kedua dilancarkan selepas di  Pahang.

Katanya, selepas ini PPKB akan diperluaskan dan dibuka di empat buah negeri lain, iaitu di  Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

“Begitu juga di kawasan banjir termenung dengan air paras laut lebih tinggi daripada daratan, hujan lebat dan pasang besar di laut, maka banyak pusat pemindahan sementara  (PPS) digunakan. Jadi, saya fikir caranya adalah membina pusat pemindahan kekal ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya