Kerjasama MTUN, MIDA sokong pembangunan industri semasa, masa depan - Utusan Malaysia

Kerjasama MTUN, MIDA sokong pembangunan industri semasa, masa depan

SIKH Shamshul Ibrahim (empat dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen di antara MIDA dan MTUN dalam satu majlis di Dewan Perdana MIDA, hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysian Technical University Network (MTUN) akan terus komited dan bergerak lebih agresif dalam memberi komitmen jitu bagi melengkapkan graduan dengan kemahiran industri berteknologi tinggi.

Kemahiran dominan graduan bakal diaplikasikan ke dalam industri dengan ketersediaan mereka untuk bekerja di dalam pelbagai bidang TVET kelak.

Pengerusi MTUN, Prof. Datuk Dr Massila Kamalrudin berkata, kerjasama yang seiring di antara MTUN dan industri dapat merapatkan jurang antara akademia dan industri, seterusnya merancakkan sektor elektronik dan kejuruteraan di masa hadapan dengan pelbagai evolusi dan dinamika sektor tersebut.

“Kerjasama antara dua entiti ini tidak asing lagi buat kami di MTUN bahkan kita akan kembangkan dalam pelbagai bentuk kerjasama yang strategik.

“Saya percaya ia selaras dengan kehendak industri yang memerlukan kita menyediakan graduan yang kompeten, cekap dan berkemahiran tinggi dalam bidang masing-masing,” katanya semasa Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara MTUN dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), di Dewan Perdana MIDA, di sini, hari ini.

MoU telah dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid bersama empat universiti di bawah MTUN antaranya Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), dan Universiti Teknikal Melaka (UTeM).

Bagi Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli, kerjasama antara MTUN dan MIDA dilihat lebih tersusun bagi menyokong pembangunan industri semasa dan masa hadapan.

“Jalinan erat ini bakal membina hubungan dan reputasi secara berterusan dengan industri asing dan tempatan dalam mewujudkan kesedaran dan minat terhadap kumpulan bakat TVET di Malaysia.

“Selain itu, ia mewujudkan lebih banyak platform kepada pakar-pakar bidang industri untuk melaksanakan tanggungjawab sosial kepada sektor pengajian tinggi dan sebaliknya,” katanya.

Unimap sebagai universiti peneraju semikonduktor dan E&E negara optimis untuk membuka ruang perkongsian rapat bersama mana-mana agensi dan industri dalam pembangunan bakat, ekosistem bakat, pemindahan ilmu dan pelbagai bidang tujahan lainnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya