COLOMBO: Sebuah kereta api yang membawa beribu-ribu gelen bahan api merempuh sekumpulan gajah liar di timur laut Sri Lanka, mengorbankan dua ekor mamalia gergasi itu dan satu lagi cedera. Menurut pihak berkuasa, kemalangan itu turut mengakibatkan dua kapal tangkinya tergelincir. Kemalangan berlaku di pekan Minneriya, 200 kilometer dari ibu negara, Colombo yang terkenal dengan taman semula jadi dan hidupan liar. Pemandu kereta api, N.W Jayalath memberitahu The Associated Press, kumpulan kira-kira 20 ekor gajah secara tiba-tiba cuba melintas landasan pada Jumaat lalu. “Kami hanya berjarak kira-kira 10 meter. Kami tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya