Kerajaan Kelantan sumbang RM100,000 untuk mangsa banjir Kedah

Kerajaan Kelantan sumbang RM100,000 untuk mangsa banjir Kedah

MOHAMED Fadzli Hassan (kiri) semasa ditemui pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyalurkan sumbangan berjumlah RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Kedah.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, keputusan sebulat suara itu buat hasil perbincangan menerusi mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

“Saya mewakili Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud, seluruh warga kerajaan negeri dan rakyat Kelantan menzahirkan rasa simpati kepada rakyat Kedah yang kini berdepan bencana banjir.

“Saya difahamkan bencana banjir di negeri itu sudah memasuki pusingan kedua dan kita harap rakyat Kedah terus tabah menghadapi detik-detik getir ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohamad Fadzli memberitahu, sumbangan tersebut akan disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir melalui kerajaan negeri Kedah.

Dalam perkembangan lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan berkata, kerajaan negeri sudah membuat persediaan untuk berdepan sebarang kemungkinan banjir yang akan melanda tidak lama lagi.

Katanya, kerajaan negeri sudahpun memulakan langkah persediaan awal termasuk memanggil semua agensi terlibat termasuk Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memberi taklimat persiapan menghadapi bencana banjir.

“Tambahan pula tahun ini telah tular jangkaan banjir besar berdasarkan ramalan ia berlaku setiap 10 tahun oleh orang-orang lama. Jadi kita (kerajaan negeri) sentiasa buat persediaan ke arah itu (situasi terburuk),” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya