Kerajaan Kelantan baik pulih sistem e-Bencana

Kerajaan Kelantan baik pulih sistem e-Bencana

KERAJAAN Kelantan sedang membaik pulih e-Bencana selepas sistem bermasalah menyebabkan sebahagian mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sebelum ini lewat menerima bantuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedang membaik pulih e-Bencana selepas sistem bermasalah menyebabkan sebahagian mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sebelum ini lewat menerima bantuan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Rohani Ibrahim berkata, maklumat pendaftaran mangsa di dalam sistem berkenaan tidak lengkap merupakan antara masalah yang kenal pasti.

“Kita akui timbul sedikit masalah dalam e-Bencana dan kita akan cuba memperbaiki sistem itu. Kita ambil tindakan segera dan arahan tersebut sedang berjalan sehingga kini.

“Susulan itu, kita telah mengarahkan ketua-ketua masyarakat termasuk wakil rakyat, penghulu serta penggawa di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengambil langkah awal dan segera untuk mengumpul maklumat lengkap mangsa-mangsa banjir,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Taklimat Penyelarasan dan Kesiapsiagaan Kebajikan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 di sini hari ini.

Rohani memberitahu, tindakan awal dalam menyediakan maklumat lengkap mangsa banjir perlu bermula sekarang kerana ia sangat penting dalam memastikan kelancaran penyaluran bantuan kepada mangsa yang berpindah ke PPS. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya