Kerajaan kekal beku pengambilan pekerja asing - Utusan Malaysia

Kerajaan kekal beku pengambilan pekerja asing

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan mengekalkan keputusan pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hal ini memandangkan jumlah pekerja asing dalam negara setakat 15 September lalu telah menghampiri jumlah siling yang ditetapkan.

Katanya, jumlah pekerja asing dalam negara dipandu oleh ketetapan Kementerian Ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) iaitu sebanyak 15 peratus daripada keseluruhan guna tenaga kerja dalam negara.

“Kerajaan akan meneliti dan membuat pertimbangan semula berhubung ketetapan pembukaan kuota penggajian pekerja asing.

“Maka dimaklumkan pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing adalah diteruskan sehingga suatu tarikh akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, Kementerian Dalam Negeri sentiasa memantau kemasukan pekerja asing bagi memastikan pematuhan kepada siling yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, program pemutihan pekerja asing tidak akan dilaksanakan pada masa akan datang.

“Tempoh pendaftaran Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 telah tamat pada 31 Disember 2023 dan kerajaan tiada perancangan untuk melaksanakan program pemutihan baharu pada masa akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya